Sunday 26 October 2014

Kenali Tawau Melalui Kereta Sewa

Maliau Basin Tawau
Maliau Basin Tawau

Pelancong yang datang ke Tawau akan kagum bila mengetahui bahawa daerah ini adalah sangat ramah dan agak mudah bagi pelancong yang ingin menyewa sebuah kereta mencarinya di sini. Tidak mengejutkan, menyewa kereta adalah satu kaedah yang lebih sesuai bagi perjalanan mengelilingi dearah ini kerana menyewa teksi agak mahal. Ramai pelancong sebenarnya akan terkejut selepas menaiki teksi pertama mereka (terkejut kerana bayaran yang sangat mahal).

Mujurlah, pelancong yang ingin menyewa kereta di daerah Tawau ini akan mendapati bahawa hanya ada sedikit halangan menghalang mereka daripada menyewa kereta. Apa halangan itu? Untuk menyewa kereta di Tawau anda wajib memiliki lesen memandu. Selain itu, semuanya adalah ok sahaja. Laluan di Tawau tidak sukar untuk dihafal dan ada banyak papan tanda sepanjang jalan yang akan membantu anda sampai ke destinasi pilihan. 

Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati sedikit bila memandu di Tawau. Warga Tawau bukanlah pemandu yang tidak cermat, hanya perlu maklum dan faham sahaja, majoriti penduduk di Tawau memandu dengan perlahan, slow and steady gitu. Jadi perlu sabar bila memandu di sini. Selain dari itu, jalanraya di Tawau tidaklah secantik seperti lebuhraya di Semenanjung. Terdapat banyak lubang (kawasan Merotai) dan juga tampalan yang tidak sekata di atas permukaan jalanraya. Jadi pemanduan haruslah penuh dengan perhatian. 

Pun begitu, sebaik sahaja anda sudah terbiasa dengan gaya pemanduan di Tawau dan yakin dengan kemahiran memandu anda di atas jalanraya yang tidak seberapa cantik ini, anda akan dapat pergi dan menjelajahi seluruh daerah Tawau tanpa sebarang masalah. Apa yang luar biasa tentang memiliki sebuah kereta sewa di Tawau adalah seseorang itu mampu untuk pergi ke tempat-tempat terpencil dan unik di Tawau yang tidak pernah ditawarkan di dalam mana-mana pakej travel & tours. Mereka yang lebih berani perlu cuba untuk menjelajahi tempat-tempat yang digemari dan kerap dikunjungi penduduk setempat. Ini akan membolehkan anda untuk melihat Tawau yang sebenar dan mengambil bahagian dalam cara hidup masyarakat di Tawau. Untuk pengalaman yang terbaik, seseorang itu perlu mencari temapt yang menjadi pilihan dalam kalangan penduduk setempat. 

Sebuah kereta akan diperlukan bagi membantu anda mengenali Tawau dan juga masyarakatnya. Dengan sebuah kereta sewa, anda mampu melusuri seluruh pelusuk Tawau. Dari Balung Kokos ke Merotai Besar, banyak tempat menarik untuk anda lawati. Kereta sewa yang anda pandu akan membuka peluang-peluang yang tidak terperi untuk anda berinteraksi dengan penduduk tempatan dan melihat destinasi dan tarikan terhebat yang ada di Tawau. 


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call / sms / WhatsApp)
E-mail: j3trader@gmail.com 
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau

No comments:

Post a Comment